Friday 7 October 2011

Pelaburan Emas/ Perak vs Pelaburan ASB

Pasti ada di antara kita pernah atau sedang membayar pinjaman Pelaburan ASB, kan? Pinjaman Pelaburan ASB ini boleh didapati melalui ejen PNB yang sah iaitu Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan RHB. Saya sendiri pun pernah buat pinjaman ASB tu sebab masa tu saya fikir dengan cara ni saja dapat menaikkan taraf kewangan saya untuk lebih stabil. Ternyata ada yang lebih baik daripada ASB. Bukan niat saya nak kata simpanan dalam ASB ni tak bagus, malah saya sendiri simpan wang dari pinjaman pelajaran, wang gaji dan wang pinjaman peribadi ke dalam ASB. Tapi itu dulu!! Selepas saya kenal beberapa individu berlainan yang berbicara tentang emas ni, saya rasa tertarik dan sentiasa ingin tahu apa itu "Pelaburan Emas". Jadi, mari kita bandingkan Pelaburan Emas dan Pelaburan ASB.

Andaikan anda mempunyai wang tunai sebanyak RM40,000. Tak kisahlah wang tunai hasil dari mana pun. Dari hasil jual rumah, jual tanah pusaka, dapat rezeki terpijak hatta menang loteri sekalipun. Katakan anda mahu menyimpan selama 15 tahun.
(Pelaburan ASB)
RM40,000 itu anda simpan di dalam simpanan ASB. Kita anggapkan bahawa dividen ASB TAKKAN berubah iaitu 8.75% setahun. 



Sejarah telah menunjukkan bahawa dividen ASB semakin berkurangan saban tahun.

           (2011)                       (2026)
   RM40,000                  RM140,766.39

Selepas 15 tahun, anda akan dapat pulangan
RM140,766.39 hasil dari dividen yang telah ditetapkan kerajaan. Jumlah tersebut akan anda dapat jika anda tidak mengeluarkan satu sen pun dari simpanan ASB kerana jumlah dividen akan berlainan jika anda mengeluarkan wang simpanan tersebut. Ramai antara kita tak sedar tentang ini.
____________________________________________

(Pelaburan Emas)

RM40,000 itu anda tukarkan dalam bentuk emas. Pada bulan Julai lepas, harga sekeping emas 1 dinar ialah RM708. Jadi anda akan dapat 56 keping dan wang tunai berbaki RM352.

   56 dinar x RM708 = RM39648

   56 dinar bersamaan 238 gram emas 916 (22 karat)

Jadi, pada Julai 2011 anda  mempunyai emas sebanyak 56 dinar atau 238 gram.
Mengikut graf di bawah, anggaran kenaikan emas dari tahun 2000 hingga tahun 2011 adalah 433% yang mana puratanya adalah 38% setahun.

Selepas 15 tahun, anda akan dapati kenaikan harga emas dari tahun pertama (2011) hingga tahun ke-15 (2026) ialah 570%.

15 tahun x 38% setahun = 570%
       
(2011)                                        (2026)
   1 dinar = RM708                1 dinar = RM4743.60
              
Jadi, 56 keping dinar x RM4743.60 =
RM265,641.60


Ya, selepas 15 tahun, inilah nilai emas anda. Dengan kuantiti atau berat yang sama, anda akan mempunyai emas yang bernilai RM265,641.60 + RM352 (wang tunai berbaki). Tetapi itu jika kenaikan harga emas setiap tahun ialah 38%. Cuba bayangkan jika kenaikannya lebih dari 38%. Maka nilai emas anda akan lebih tinggi dari pengiraan di atas. Kenaikan nilai emas didorong oleh permintaan yang semakin meningkat manakala sumber emas pula semakin berkurangan di serata dunia. Kejatuhan nilai matawang USD juga boleh menjadi punca kenaikan nilai emas. Lihat sahaja trend kenaikan harga emas di gambarajah di atas. Ia cukup membuktikan bahawa akan berlaku lagi trend kenaikan mendadak selepas ini.

Kesimpulannya:

      Pulangan anda selepas 15 tahun bersama
Pelaburan ASB = RM140,766.39 (maksimum jika tiada perubahan dividen)
      Pulangan anda selepas 15 tahun bersama
Pelaburan Emas = RM265,641.60
(minimum jika kenaikan emas statik