Tuesday 27 December 2011

Kenapa Emas Begitu Berharga?

Kerap kali kita mendengar betapa emas merupakan suatu instrumen pelaburan yang baik. Orang di sini sana memperkatakan kebaikan emas dan bagaimana mereka menggalakkan orang ramai melabur di dalam emas. Tetapi sebagai seorang pelabur yang bijak, kita tidak mahu mengikut secara membuta-tuli sahaja.
Ingat prinsip pelaburan ini – jika semua orang membeli, anda menjual. Bukanlah bermaksud kita tidak perlu mengikut perkembangan semasa tetapi makna tersirat di sebaliknya ialah lakukan sesuatu yang berlainan daripada orang ramai. Dalam kes emas sebagai alat pelaburan ini, bukan kita tidak mahu melabur tetapi kena kaji dahulu kenapa emas dan apa kelebihan emas?

Faktor yang menjadikan emas begitu berharga dan menjadi alat pelaburan yang baik saya terangkan di bawah:
1. Pelindung kekayaan
Nilai emas sebenarnya tidak naik tetapi ia meningkat sejajar dengan kenaikan inflasi. Jika anda ada 1 gram emas berharga RM500 pada tahun 2011, ia tetap 1 gram emas pada tahun 2012. Cuma nilai inflasi yang meningkat akan menyebabkannya bernilai RM700 pada tahun 2012! Itu sahaja. Maknanya wang yang anda simpan dalam bentuk emas akan menjadi kalis inflasi. Dalam analogi yang paling mudah untuk difahami – wang anda telah disimpan di dalam kapsul masa (emas).

2. Simbol kekayaan
Sejak 6 000 tahun dahulu, emas dijadikan pilihan manusia sebagai simbol kekayaan. Ini semenjak tamadun Mesir kuno lagi. Pada masa itu, sesiapa yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa. Dan ia masih lagi begitu pada hari ini!

3. Harga emas sentiasa naik
Hal ini tidak dapat dinafikan. Seperti mana aset pelaburan yang lain, harga emas boleh naik dan turun tetapi jika dilihat pada jangkamasa panjang didapati harga emas sentiasa naik. Berdasarkan analisis ringkas untuk sepanjang 10 tahun lepas (2001-2010), purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 24%-27% setahun. Tidak banyak pelaburan yang mampu memberikan pulangan seperti ini.

4. Kejatuhan nilai matawang
Wang kertas yang anda pegang hari ini bukanlah wang. Itu adalah matawang – tidak mempunyai nilai hanya berdasarkan janji kerajaan pemerintah sahaja. Masalah dengan matawang ialah nilainya sentiasa jatuh pada setiap masa menuju ke nilai ‘kosong’. Konsep ini agak sukar untuk diterangkan kerana ia memerlukan gaya pemikiran baharu terhadap wang. Cukuplah saya katakan nilai matawang sentiasa dimakan inflasi dan ini memang tidak baik untuk kita semua.

5. Penyimpan nilai
Kontra dengan poin di nombor 4 di atas, emas menyimpan nilai. Nilainya tidak akan pernah jatuh apalagi hilang. Ia akan sentiasa mengekalkan nilainya. Dan seperti yang anda tahu, antara definisi wang adalah bertindak sebagai penyimpan nilai. Jika berdasarkan ini, bolehlah kita simpulkan bahawa emas adalah wang.

6. Tidak boleh dimanipulasi
Inilah poin yang paling saya sukai. Malah mungkin merupakan kelebihan emas yang terbaik sekali. Emas tidak boleh dicipta, tidak seperti matawang yang bebas dicetak sesuka hati. Sukar diperolehi dan kuantitinya tidak boleh ditambah. Inilah yang menjadikan emas amat bernilai dan boleh dijadikan sandaran kewangan.

7. Aset yang Amat istimewa
Ketika perang tercetus di sesebuah negara, nilai matawang negara tersebut akan jatuh merudum dan menjadi tidak bernilai lagi. Rakyat akan mencari perlindungan daripada negara-negara jiran untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Cuba teka aset yang mana satukah di bawah paling bermanfaat dalam situasi seperti ini?
Pilih satu daripada pilihan berikut;
a. matawang
b. saham dan unit amanah
c. rumah
d. kenderaan
e. emas

Matawang sudah tiada nilai, pasaran saham dan unit amanah runtuh, rumah tidak boleh dibawa pindah ke luar negara dan kenderaan mungkin hancur oleh pihak musush.
Iya.. Hanya beberapa syiling atau beberapa jongkong emas dalam simpanan anda itu yang akan membantu anda memulakan kehidupan baharu di negara lain. Ianya ringan dibawa lari dan mudah pula dicairkan walau dimana jua anda berada di seluruh dunia. Harganya standard di seluruh pelusuk dunia. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan, nyawa amat bergantung kepada aset yang dipanggil emas pada saat-saat genting seperti itu.

Emas memang sungguh istimewa.


Sumber Asal: Kenapa Emas Begitu Berharga?

Tuesday 22 November 2011

Harga Emas Sudah MAHAL !!!

Harga emas semakin hari semakin mahal, dan akan bertambah mahal lagi untuk tahun-tahun

akan datang yang mana sehingga suatu masa nanti kita tidak mampu untuk memiliki emas.

Jadi marilah kita membeli emas sekarang sementara kita masih mampu untuk membelinya.

Jika anda masih baru dalam pelaburan emas, anda akan tertunggu-tunggu harga turun untuk

membeli emas, akibatnya harga emas hari ini yang anda rasa mahal akan jadi murah pada

bukan hadapannya, dan anda terus rasa menyesal lagi kerana tidak membeli.

Dan keadaan ini akan berulang-ulang anda alami selagi emas tiada dalam tangan anda.

Nasihat saya, beli sahaja dahulu emas yang anda mampu, contoh satu 1 Dinar dan kemudian

perhatikan harga emas hari-hari, Insyaallah anda akan rasa keputusan anda adalah tepat.


Dan secara tidak langsung apabila confident telah ada, anda akan menjadi sedikit kedekut untukmembelanjakan wang anda, dan anda akan membeli emas secara berkala dan menikmati keuntungan dalam masa satu tahun.

INGAT! Basic Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang, tapi bila ilmu penuh di dada, anda juga boleh menikmati keuntungan dalam jangka masa pendek dengan meniaga emas dengan menjadi dealer GCP

Nak tahu lanjut mengenai pelaburan nasihat sila hubungi atau sms 019-879 8183.
Nak tahu lanjut bagaimana untuk menjadi dealer GCP, juga hubungi 019-879 8183.

Tuesday 1 November 2011

Masa Untuk Tambah Stok Emas Beli Atau Tunggu Dulu?

Salam kepada semua pembaca..


Nampaknya minggu ini ramai yang dapat cuti panjang dan ambil kesempatan sambung cuti. Beberapa hari lepas penganut Hindu menyambut perayaan pesta cahaya atau Deepavali.
Barang kemas



Apa kaitannya dengan post kali ini?
Tahukah anda hampir setiap tahun,trend harga emas hampir sama dan macam biasa, apabila hampir sambutan Deepavali, harga emas akan turun sedikit berbanding harga bulan terdahulu sebelum naik semula.



Mengapa ini terjadi?

India sebagai kuasa pengguna emas dunia memang memberi impak juga kepada harga semasa emas.Terutamanya apabila menjelang perayaan atau festival yang diadakan sepanjang tahun dan paling ketara semasa Deepavali.Tujuan utama festival ini agar dapat menawarkan harga emas yang lebih murah dengan melibatkan lebih ramai penjual.Satu lagi perayaan ialah Aksaya Tritiva yang disambut penganut Hindu dan ianya berkaitan dengan emas.Ia juga dikenali sebagai Akha Teej dan merupakan Festival of Gold mereka yang sebenar.Kebiasaanya ia disambut pada bulan Mei setiap tahun.Faktor lain yang merangsang penggunaan emas di India ialah budaya perkahwinan yang menjadikan emas sebagai salah satu item yang wajib.Musim perkahwinan dari November -Disember  dan dari penghujung Mac-Mei.Ketika ini permintaan terhadap emas sangat tinggi dan boleh menyebabkan harga emas naik atau turun bergantung pada situasi ketika itu.

Harga lebih rendah,tunggu atau beli?
Harga minggu lepas paling rendah telah turun sehingga 1600+usd/0z. Produk GCP contohnya 10g berharga RM1960 pada waktu itu.Ramai juga yang telah memilih untuk membeli ketika harga ini dan tak kurang mengambil peluang untuk menjadi pengedar emas.Tindakan yang bijak dan pasti tidak merugikan.Simpanan emas umpama magnet yang menarik kekayaan kepada anda. Dan ia juga mengelakkan anda dari kebocoran wang-biasanya penyimpan emas jarang terlibat dengan skim,scam mahupun aktiviti-aktiviti perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tak munasabah.




Kalau anda beli,kemudian harga turun,adakah rugi?
Tidak sama sekali.Emas adalah simpanan jangka masa panjang,dan anda hanya akan rugi kalau jual.Buat apa jual ?Melainkan anda memang terdesak dan tak ada tunai /simpanan kecemasan.Emas bukan untuk dibeli hari ini dan jual esok,minggu depan atau tahun depan.Namun tak dinafikan,ada masa anda boleh guna cara ini,contohnya anda merancang kahwin tahun hadapan dan ada sejumlah wang.Better beli emas dan tahun hadapan jual,namun cara ini memerlukan anda memilih waktu yang sesuai dan perancangan yang rapi berdasarkan trend pergerakan harga emas serta perlu sedikit analisis.
Risikonya jika anda beli dan mengharapkan harga emas terus naik sedangkan dalam setahun harga emas ada turun naik,dan dengan sedikit ilmu anda dapat memilih dan merancang masa untuk menjual.Jadi tidak ada istilah rugi dalam simpanan emas ini kerana satu masa anda mungkin sudah tidak ingat harga yang anda beli sekarang ini.
Jika harga emas turun lagi,apakah tindakan anda?Jawapannya ialah-Beli.Maksud saya ialah tambah stok simpanan emas anda.Dan anda untung bila kira dari segi pemurataan kos ( cost averaging).
Bila harga emas turun,ada orang yang suka dan ada orang yang tak suka.
Orang yang suka biasanya suka sebab dapat tambah stok dan beli dengan harga lebih murah.Orang yang tak suka sebab tak sabar nak tengok harga emas terus naik dan ada orang yang  maybe nak jual pada masa tersebut tapi rasa rugi.



Beli dulu dan tunggu atau tunggu dulu baru beli?
Ada orang yang tak kisah beli emas bila-bila masa kerana tidak ada masa untuk memantau harga emas dan memikirkan ianya adalah untuk simpanan jangkamasa panjang.Jika golongan yang suka tunggu dulu (harga rendah sikit baru nak beli),risiko yang mungkin dihadapi ialah :
1.Terlepas harga yang anda inginkan kerana tidak sempat lock (tempah) harga tersebut 
2.Semasa harga rendah tersebut,anda sudah kehabisan wang untuk membeli 
3.Waktu harga rendah,fikiran anda pula berubah untuk menggunakan wang yang asalnya untuk beli emas,kepada perkara lain yang tidak berfaedah.
Namun jika anda mempunyai masa untuk memantau harga emas ini dan mahukan harga terbaik,anda mempunyai hak untuk berbuat demikian.Pilihan lain,anda mungkin boleh berpesan kepada dealer anda supaya bagi hint jika harga agak menarik.Tapi janganlah mengharapkan ramalan itu 100% tepat kerana kita hanya mampu menjangka dan seeloknya ikutlah gerak hati  dan buat keputusan sendiri supaya tidak menyalahkan antara satu sama lain.



Kesimpulannya,belilah sewaktu :
1.Ada cash
2.Semasa harga rendah
3.Belian bulanan secara konsisten,contohnya 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10gram 



Sekian,jumpa lagi..

Friday 7 October 2011

Pelaburan Emas/ Perak vs Pelaburan ASB

Pasti ada di antara kita pernah atau sedang membayar pinjaman Pelaburan ASB, kan? Pinjaman Pelaburan ASB ini boleh didapati melalui ejen PNB yang sah iaitu Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan RHB. Saya sendiri pun pernah buat pinjaman ASB tu sebab masa tu saya fikir dengan cara ni saja dapat menaikkan taraf kewangan saya untuk lebih stabil. Ternyata ada yang lebih baik daripada ASB. Bukan niat saya nak kata simpanan dalam ASB ni tak bagus, malah saya sendiri simpan wang dari pinjaman pelajaran, wang gaji dan wang pinjaman peribadi ke dalam ASB. Tapi itu dulu!! Selepas saya kenal beberapa individu berlainan yang berbicara tentang emas ni, saya rasa tertarik dan sentiasa ingin tahu apa itu "Pelaburan Emas". Jadi, mari kita bandingkan Pelaburan Emas dan Pelaburan ASB.

Andaikan anda mempunyai wang tunai sebanyak RM40,000. Tak kisahlah wang tunai hasil dari mana pun. Dari hasil jual rumah, jual tanah pusaka, dapat rezeki terpijak hatta menang loteri sekalipun. Katakan anda mahu menyimpan selama 15 tahun.
(Pelaburan ASB)
RM40,000 itu anda simpan di dalam simpanan ASB. Kita anggapkan bahawa dividen ASB TAKKAN berubah iaitu 8.75% setahun. 



Sejarah telah menunjukkan bahawa dividen ASB semakin berkurangan saban tahun.

           (2011)                       (2026)
   RM40,000                  RM140,766.39

Selepas 15 tahun, anda akan dapat pulangan
RM140,766.39 hasil dari dividen yang telah ditetapkan kerajaan. Jumlah tersebut akan anda dapat jika anda tidak mengeluarkan satu sen pun dari simpanan ASB kerana jumlah dividen akan berlainan jika anda mengeluarkan wang simpanan tersebut. Ramai antara kita tak sedar tentang ini.
____________________________________________

(Pelaburan Emas)

RM40,000 itu anda tukarkan dalam bentuk emas. Pada bulan Julai lepas, harga sekeping emas 1 dinar ialah RM708. Jadi anda akan dapat 56 keping dan wang tunai berbaki RM352.

   56 dinar x RM708 = RM39648

   56 dinar bersamaan 238 gram emas 916 (22 karat)

Jadi, pada Julai 2011 anda  mempunyai emas sebanyak 56 dinar atau 238 gram.
Mengikut graf di bawah, anggaran kenaikan emas dari tahun 2000 hingga tahun 2011 adalah 433% yang mana puratanya adalah 38% setahun.

Selepas 15 tahun, anda akan dapati kenaikan harga emas dari tahun pertama (2011) hingga tahun ke-15 (2026) ialah 570%.

15 tahun x 38% setahun = 570%
       
(2011)                                        (2026)
   1 dinar = RM708                1 dinar = RM4743.60
              
Jadi, 56 keping dinar x RM4743.60 =
RM265,641.60


Ya, selepas 15 tahun, inilah nilai emas anda. Dengan kuantiti atau berat yang sama, anda akan mempunyai emas yang bernilai RM265,641.60 + RM352 (wang tunai berbaki). Tetapi itu jika kenaikan harga emas setiap tahun ialah 38%. Cuba bayangkan jika kenaikannya lebih dari 38%. Maka nilai emas anda akan lebih tinggi dari pengiraan di atas. Kenaikan nilai emas didorong oleh permintaan yang semakin meningkat manakala sumber emas pula semakin berkurangan di serata dunia. Kejatuhan nilai matawang USD juga boleh menjadi punca kenaikan nilai emas. Lihat sahaja trend kenaikan harga emas di gambarajah di atas. Ia cukup membuktikan bahawa akan berlaku lagi trend kenaikan mendadak selepas ini.

Kesimpulannya:

      Pulangan anda selepas 15 tahun bersama
Pelaburan ASB = RM140,766.39 (maksimum jika tiada perubahan dividen)
      Pulangan anda selepas 15 tahun bersama
Pelaburan Emas = RM265,641.60
(minimum jika kenaikan emas statik

Thursday 1 September 2011

50 Fakta Tentang Emas


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
PC070005 112x106 50 fakta tentang emas8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
paper gold 106x106 50 fakta tentang emas15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
images 4 50 fakta tentang emas21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
ist1 3765800 summer calm 50 fakta tentang emas26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
images 51 50 fakta tentang emas
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
ist1 13036090 postage stamp showing portrait of adolf hitler 50 fakta tentang emas42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
*saya pernah menerima soalan berkenaan kualiti emas yang perlu digunakan untuk mengira jumlah derma dalam adat bercukur orang melayu, nilai emas yang digunakan adalah emas 916 (Rasuluallah lahir tahun 507m, dan empayar sekitar Madinah dan Mekah menggunakan wang dinar emas (22k)
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
American Gold Eagle 2 106x106 50 fakta tentang emas49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.images 6 106x106 50 fakta tentang emas

Simpan KEKAYAAN Anda Dalam Bentuk Emas Fizikal


Rahsia tersembunyi pelaburan emas fizikal saya bongkarkan untuk tatapan umum bagi memastikan kita semua tahu apa sebenarnya rahsia yang kekadang jarang diperkatakan oleh orang . Ramai diantara kita masih kabur dengan pelaburan emas fizikal atau pun emas jongkong atau pun emas sebenar. Emas fizikal bermaksud emas yang dapat kita pegang sama ada dalam bentuk emas jongkong atau dalam bentuk dinar emas.

Rahsia tersembunyi pelaburan emas fizikal ini adalah amat mudah yakni pelaburan emas fizikal merupakan KUNCI KEKAYAAN SEBENAR !.. Anda beli emas fizikal dan anda simpan bererti anda telah menyimpan kekayaan yang sebenar kerana nilai emas akan sentiasa meningkat dengan peningkatan tahun dan masa.

Penyimpan nilai boleh dimudahkan seperti berikut, Jika anda ada duit RM850.00,  anda  simpan dirumah dalam tabung..dalam masa setahun , adakah ia akan bertambah ?..Sudah pasti TIDAK.

Namun jika duit anda RM850.00..anda beli 1 Dinar Emas..dan anda simpan dirumah anda...pada akhir tahun 2011 ia mungkin naik menjadi RM900.00 !..dan anda boleh jual ..dan dapat RM900.00 ini secara tak langsung duit anda telah bertambah..jika dibandingkan anda simpan TUNAI..Nak jual kat mana ?..Sudah PASTI kepada saya pada HARGA WE BUY..

Nilai emas itu akan NAIK HARGA kerana PERMINTAAN PENGGUNA TERHADAP EMAS SENTIASA MENINGKAT SEDANGKAN BEKALAN EMAS ADALAH TERHAD !.Dalam dunia ini tiada siapa pun dapat menghasilkan emas !. Emas merupakan logam terunggul  yang hanya dapat diperolehi dari aktiviti perlombongan. dan emas tidak seperti hasilan pertanian.


 Permintaan terhadap emas akan meningkat sepanjang masa.

Hasil pertanian , contoh seperti kelapa sawit, jika permintaan meningkat kita boleh tanam pokok kelapa sawit yakni bila ada permintaan yang tinggi namun bila ramai yang tanam sawit, maka hasil sawit akan melebihi permintaan menyebabkan harga jatuh..namun keadaan ini tidak berlaku pada Emas.


Emas dibeli dan disimpan oleh setiap negara  diseluruh dunia sebagai penyimpan nilai. Oleh itu jika negara - negara ini menyimpan emas..kenapa kita tidak ikut serta menyimpan emas ?

 Negara kuasa besar banyak menyimpan emas

Emas merupakan logam yang unggul dan unik serta sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana kegunaan yang sungguh istemewa. Kegunaan emas yang sentiasa meningkat dalam kehidupan harian kita menjadikan permintaan terhadap emas semakin meningkat oleh itu harga emas akan sentiasa naik setiap tahun !

Antara kegunaan emas adalah ;

1. Emas Digunakan Dalam Industri Barang Kemas

Semenjak 6000 tahun yang lalu inilah kegunaan emas yang utama untuk buat barang kemas .Kaum wanita seperti saya sudah pasti amat gemarkan memakai barang kemas.Barang kemas dibeli oleh setiap wanita dan dipakai sebagai perhiasan.Penggunaan barang kemas ini disokong padu oleh budaya sesebuah negara, seperti India yang mana memiliki barang kemas ini termasuk dalam budaya dan kehendak adat menjadikan permintaan terhadap emas amat tinggi. Jika nak lihat harga emas melambung naik..lihat sahaja apa jua perayaan yang ada di India. Pada musim perayaan seperti Devali dan lain - lain.harga emas dunia akan terus melambung naik..Ini memberikan keuntungan yang pasti kepada Pelaburan Emas Fizikal kerana emas ditangan dah naik harga. !.

Setiap tahun orang akan beli barang kemas, oleh itu kilang barang kemas akan beli emas untuk buat lebih banyak barang kemas..secara tidak langsung permintaan emas sentiasa ada..harga akan naik..

2. Emas Dalam Industri Elektronik dan Komputer

Emas merupakan logam yang tidak berkarat serta memberikan kadar pengaliran haba dan elektrik terbaik. Oleh itu ia banyak digunakan dalam industri elektronik seperti Handphone, Komputer  dan macam - macam lagi !. Berapa banyak orang beli komputer seluruh dunia setiap tahun ?.



 Walaupun jumlah emas yang digunakan adalah kecil senilai USD0.50 sen sahaja namun jika 1 billion Handphone dihasilkan diseluruh dunia berapa banyak yang emas diguna setiap tahun ? Dan sebahagian emas yang ada dalam alat elektronik ini kekadang dibuang begitu sahaja bila handphone atau alat elektronik yang lain dibuang begitu sahaja !.

Setiap hari pasti ada yang beli komputer dan talipon diseluruh dunia, kilang talipon dan elektronik kena jua beli emas untuk buat talipon dan komputer ini, jadi permintaan terhadap emas setiasa ada..harga pasti naik sebab bekalan terhad !..
Ada emas dalam ni..
3. Emas Dalam Industri Pergigian

Ini suatu kekadang pelik tapi benar..dari dahulu hingga sekarang emas digunakan dalam industri pergigian. Ya banyak orang guna emas diseluruh dunia untuk buat gigi emas ni kerana emas tidak berkarat ..besi tak boleh..jika dahulu raksa atau plumbum diguna kini dah diketahui bahan ini beracun semakin ramai yang menggunakan emas untuk buat gigi atau untuk tampalan gigi.
4: Emas Dalam Bidang Perubatan Moden

Emas juga digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubat penyakit rheumatoid arthritis dan juga penyakit Lagophthalmos ( keadaan dimana seseorang tak boleh nak tutup mata).Dan yang terkini kajian sedang dibuat penggunaan emas dalam merawat kanser buah dada..

Sebenarnya banyak lagi penggunaan emas ini dalam kehidupan harian manusia diseluruh dunia. Oleh itu jelas sudah bahawa emas bukan sahaja dibeli dan disimpan dalam bentuk Pelaburan Emas Fizikal..tapi DIGUNA PAKAI oleh diseluruh dunia.

Natijahnya PERMINTAAN EMAS AKAN MENINGKAT , EMAS DIGUNA ATAU "BEING CONSUME" , BUKAN SEKADAR DIBELI DAN DI SIMPAN OLEH ITU SUDAH PASTI HARGA AKAN NAIK !. Inilah rahsia tersembunyi Pelaburan Emas Fizikal.

Oleh itu beli dan miliki emas ada sekarang sebelum harga meningkat keparas yang kita sendiri tak lagi mampu nak beli. SIMPAN KEKAYAAN ANDA DALAM BENTUK EMAS FIZIKAL !