Saturday, 16 June 2012

Saya Sudah Miliki Duit Emas , Anda Bila Lagi


Alhamdulillah , emas tidak pernah mengecewakan saya selama ini.Saban hari ia membuatkan saya gembira walaupun dalam dalam tempoh sederhana harga emas ada naik dan turun.Namun nilainya tidak pernah turun.Sejak mengenali emas , saya rasa lebih tenang dan bersyukur dengan nikmat kurniaNya . Inilah salah satu logam ciptaan Allah Taala untuk umat manusia di dunia dan akhirat yang mempunyai 1001 rahsia.
Ketika artikel ini ditulis,harga emas mencuri perhatian dan perasaan pemiliknya.Untuk makluman semua sahabat , harga emas dan perak sekarang mengalami kejatuhan yang amat mengejutkan pemiliknya.Pada awal November 2011 , harga emas melonjak ke paras tertinggi iaitu USD1800.Namun kini menyusut ke paras yang mengejutkan iaitu sekitar USD1600 dalam tempoh 1 bulan sahaja.
Sebagai seorang penyimpan emas , kita tidak seharusnya gelisah dengan situasi ini kerana naik dan turun harga emas adalah lumrahnya selagi ia dinilai melalui matawang.Anda harus yakin nilai emas tidak pernah turun walau apa pun keadaan kerana emas tidak boleh dimusnah dan ia diguna ribuan tahun sebelum ini.
Baiklah , apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mengambil peluang ketika harga emas menyusut.Jika harga emas pernah menyentuh paras USD1800 , tidak mustahil ia akan kembali ke paras tersebut malah akan lebih tinggi.Jika duit simpanan anda dalam kawalan saya , saya akan tukar duit fiat anda kepada aset emas / duit emas :) .
December 19, 2011 by    

Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam Patut Di Ikuti


TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.

Sumber :Harian Metro,18/02/2012

Friday, 24 February 2012

Berbaloikah Simpan Emas dan Dinar?

Soalannya agak kasar, namun saya akan tinggalkan tanda tanya dengan beberapa situasi di bawah. Mungkin anda boleh buat kesimpulan dan menjawab soalan di atas. Andaikata dalam situasi pertama, saya mempunyai wang ringgit berjumlah RM47,200.00.
Berbaloikah Simpan Emas dan Dinar?
Kayanya saya ada RM47,200! Macam macam boleh dibuat dengan duit ini, tapi saya nak simpan. Bolehkah saya terus simpan di bank atau tukarkan kepad kepingan emas? Dalam kes ini, saya akan tukarkan kepada kepingan dinar emas. Bagaimana menukarkan Ringgit Malaysia kepada Dinar Emas?
Berbaloikah Simpan Emas dan Dinar?
Nah, saya dapat 1,2,3,4,5,6….76 keping Dinar Emas yang berharga RM620 setiap keping. Jadi apa saya nak buat dengan 76 keping dinar emas ini? Simpan! Sampai bila? Sampai betul betul nak gunakan duit kertas.
Itu cerita setahun lepas, harini apa hasilnya? Nilai semasa bagi 76 keping dinar emas tersebut ialah RM60,800 dengan pertambahan/kenaikan sebanyak RM13,600 (29%) untuk tempoh masa 10 bulan dengan RM1,360 sebulan.
Jadi, pada pendapat anda berbaloikah jika anda tukarkan Ringgit Malaysia kepada Dinar Emas atau Bar Emas? Apa akan jadi kepada RM47,200 kalau saya tidak tukarkan kepada Dinar Emas? Masih sama nilainya atau sudah berkurangan sebab terguna untuk beli barangan rumah? 
Hubungi 019-879 8183 untuk membeli stok emas anda sekarang. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit emas.
P/s: Gambar dan cerita asal oleh Pelabur Jutawan

Tuesday, 27 December 2011

Kenapa Emas Begitu Berharga?

Kerap kali kita mendengar betapa emas merupakan suatu instrumen pelaburan yang baik. Orang di sini sana memperkatakan kebaikan emas dan bagaimana mereka menggalakkan orang ramai melabur di dalam emas. Tetapi sebagai seorang pelabur yang bijak, kita tidak mahu mengikut secara membuta-tuli sahaja.
Ingat prinsip pelaburan ini – jika semua orang membeli, anda menjual. Bukanlah bermaksud kita tidak perlu mengikut perkembangan semasa tetapi makna tersirat di sebaliknya ialah lakukan sesuatu yang berlainan daripada orang ramai. Dalam kes emas sebagai alat pelaburan ini, bukan kita tidak mahu melabur tetapi kena kaji dahulu kenapa emas dan apa kelebihan emas?

Faktor yang menjadikan emas begitu berharga dan menjadi alat pelaburan yang baik saya terangkan di bawah:
1. Pelindung kekayaan
Nilai emas sebenarnya tidak naik tetapi ia meningkat sejajar dengan kenaikan inflasi. Jika anda ada 1 gram emas berharga RM500 pada tahun 2011, ia tetap 1 gram emas pada tahun 2012. Cuma nilai inflasi yang meningkat akan menyebabkannya bernilai RM700 pada tahun 2012! Itu sahaja. Maknanya wang yang anda simpan dalam bentuk emas akan menjadi kalis inflasi. Dalam analogi yang paling mudah untuk difahami – wang anda telah disimpan di dalam kapsul masa (emas).

2. Simbol kekayaan
Sejak 6 000 tahun dahulu, emas dijadikan pilihan manusia sebagai simbol kekayaan. Ini semenjak tamadun Mesir kuno lagi. Pada masa itu, sesiapa yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa. Dan ia masih lagi begitu pada hari ini!

3. Harga emas sentiasa naik
Hal ini tidak dapat dinafikan. Seperti mana aset pelaburan yang lain, harga emas boleh naik dan turun tetapi jika dilihat pada jangkamasa panjang didapati harga emas sentiasa naik. Berdasarkan analisis ringkas untuk sepanjang 10 tahun lepas (2001-2010), purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 24%-27% setahun. Tidak banyak pelaburan yang mampu memberikan pulangan seperti ini.

4. Kejatuhan nilai matawang
Wang kertas yang anda pegang hari ini bukanlah wang. Itu adalah matawang – tidak mempunyai nilai hanya berdasarkan janji kerajaan pemerintah sahaja. Masalah dengan matawang ialah nilainya sentiasa jatuh pada setiap masa menuju ke nilai ‘kosong’. Konsep ini agak sukar untuk diterangkan kerana ia memerlukan gaya pemikiran baharu terhadap wang. Cukuplah saya katakan nilai matawang sentiasa dimakan inflasi dan ini memang tidak baik untuk kita semua.

5. Penyimpan nilai
Kontra dengan poin di nombor 4 di atas, emas menyimpan nilai. Nilainya tidak akan pernah jatuh apalagi hilang. Ia akan sentiasa mengekalkan nilainya. Dan seperti yang anda tahu, antara definisi wang adalah bertindak sebagai penyimpan nilai. Jika berdasarkan ini, bolehlah kita simpulkan bahawa emas adalah wang.

6. Tidak boleh dimanipulasi
Inilah poin yang paling saya sukai. Malah mungkin merupakan kelebihan emas yang terbaik sekali. Emas tidak boleh dicipta, tidak seperti matawang yang bebas dicetak sesuka hati. Sukar diperolehi dan kuantitinya tidak boleh ditambah. Inilah yang menjadikan emas amat bernilai dan boleh dijadikan sandaran kewangan.

7. Aset yang Amat istimewa
Ketika perang tercetus di sesebuah negara, nilai matawang negara tersebut akan jatuh merudum dan menjadi tidak bernilai lagi. Rakyat akan mencari perlindungan daripada negara-negara jiran untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Cuba teka aset yang mana satukah di bawah paling bermanfaat dalam situasi seperti ini?
Pilih satu daripada pilihan berikut;
a. matawang
b. saham dan unit amanah
c. rumah
d. kenderaan
e. emas

Matawang sudah tiada nilai, pasaran saham dan unit amanah runtuh, rumah tidak boleh dibawa pindah ke luar negara dan kenderaan mungkin hancur oleh pihak musush.
Iya.. Hanya beberapa syiling atau beberapa jongkong emas dalam simpanan anda itu yang akan membantu anda memulakan kehidupan baharu di negara lain. Ianya ringan dibawa lari dan mudah pula dicairkan walau dimana jua anda berada di seluruh dunia. Harganya standard di seluruh pelusuk dunia. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan, nyawa amat bergantung kepada aset yang dipanggil emas pada saat-saat genting seperti itu.

Emas memang sungguh istimewa.


Sumber Asal: Kenapa Emas Begitu Berharga?

Tuesday, 22 November 2011

Harga Emas Sudah MAHAL !!!

Harga emas semakin hari semakin mahal, dan akan bertambah mahal lagi untuk tahun-tahun

akan datang yang mana sehingga suatu masa nanti kita tidak mampu untuk memiliki emas.

Jadi marilah kita membeli emas sekarang sementara kita masih mampu untuk membelinya.

Jika anda masih baru dalam pelaburan emas, anda akan tertunggu-tunggu harga turun untuk

membeli emas, akibatnya harga emas hari ini yang anda rasa mahal akan jadi murah pada

bukan hadapannya, dan anda terus rasa menyesal lagi kerana tidak membeli.

Dan keadaan ini akan berulang-ulang anda alami selagi emas tiada dalam tangan anda.

Nasihat saya, beli sahaja dahulu emas yang anda mampu, contoh satu 1 Dinar dan kemudian

perhatikan harga emas hari-hari, Insyaallah anda akan rasa keputusan anda adalah tepat.


Dan secara tidak langsung apabila confident telah ada, anda akan menjadi sedikit kedekut untukmembelanjakan wang anda, dan anda akan membeli emas secara berkala dan menikmati keuntungan dalam masa satu tahun.

INGAT! Basic Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang, tapi bila ilmu penuh di dada, anda juga boleh menikmati keuntungan dalam jangka masa pendek dengan meniaga emas dengan menjadi dealer GCP

Nak tahu lanjut mengenai pelaburan nasihat sila hubungi atau sms 019-879 8183.
Nak tahu lanjut bagaimana untuk menjadi dealer GCP, juga hubungi 019-879 8183.